Saturday, September 27, 2008

Sejarah Perkembangan Sekolah

1902
-Sekolah ditubuhkan di kebun lada hitam
-Nama asalnya ialah Chong Wen Xue Tang
-Bangunan sekolah dibina daripada atap nipah
-Terdapat 11 - 12 orang murid
-Murid berasal dari Sungai Tapang Ulu dan Pangkalan Ulu
-Pengajaran disampaikan dalam bahasa Hakka
-Gurunya ialah Chang Rui Ting, Chang Xun dan Chang Yi


1931
-Sekolah yang lebih sistematik ditubuhkan dan bertempat 1 ½ batu jauhnya dari tebing Sungai Sarawak
-Namanya ialah Jiu Si
-Guru besar ialah Lee Lok Tian (juga melaksanakan tugas guru)
-Bangunan sekolah dibina daripada atap nipah
-Bangunan sekolah terdiri daripada sebuah bilik darjah, sebuah asrama guru dan sebuah dapur
-Terdapat 17 – 18 orang murid
-Sekolah dibuka pada sebelah petang kerana murid perlu membantu ibu bapa di kebun getah pada sebelah pagi


1935
-Pertambahan murid menyebabkan sekolah dipindahkan, iaitu kira-kira ¼ batu dari tempat asal
-Nama sekolah diubah kepada Qiao Guang
-Bangunan sekolah terdiri daripada 2 buah bilik darjah, asrama guru dan bilik dapur
-Guru besar ialah Chai Ding Nian
-Guru-guru lain ialah Fu Pei Tian, Chin Rong Guang, Lo Fu Lin, Chang Shi Fu


1946
-Sekolah dibuka semula setelah ditutup selama 4 tahun akibat Perang Dunia Kedua
-Sekolah tidak berupaya untuk mengupah tenaga pengajar kerana menghadapi masalah kewangan
-Kumpulan murid lepasan sekolah kali-1 telah menyumbangkan tenaga mereka selama 2 tahun, iaitu Chung Hui Ren, Bong Yung Sen, Bong Yian Feng dan Chong Wen Seng
-Kenaikan harga getah dan ekonomi negara bertambah baik membolehkan sekolah mengupah guru-guru, iaitu Bong Jian Yu dan Yeo Hui Qing
-Guru besar ialah Chong Zhi Qin


1953
-Bilangan murid telah meningkat, iaitu melebihi seratus orang
-Kempen pungutan derma diadakan untuk membina sekolah baru
-Selepas setahun, sekolah baru beratap zink dan berdinding papan siap dibina
-Nama sekolah bertukar kepada SRB CHUNG HUA SUNGAI TAPANG ULU
-Bangunan sekolah terdiri daripada 3 buah bilik darjah, bilik guru, perpustakaan, asrama guru dan bilik dapur
-Guru besar ialah Lu Yao Hua


1979
-Lembaga Pengurus Sekolah melancarkan kempen pembinaan semula sekolah yang telah usang
-Mereka memohon bantuan kewangan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia yang berjumlah 80 ribu ringgit


1984
-Kementerian Pendidikan Malaysia meluluskan permohonan kewangan sejumlah 30 ribu ringgit
Bakinya ditanggung oleh pihak sekolah sendiri
-En. Chiew Pan An (ahli Lembaga Pengurus Sekolah) mengetuai AJK Pembinaan Semula Sekolah melancarkan kempen pungutan derma daripada masyarakat tempatan


1985
-Projek pembinaan semula sekolah siap pada bulan Mac
-Bangunan baru (blok depan) terdiri daripada bilik guru besar, pejabat guru, 3 buah bilik darjah dan bilik dapur
-Bangunan lama (blok belakang) dijadikan bilik pusat sumber, perpustakaan, bilik sains, bilik kemahiran hidup dan bilik stor
-Pada 15 Sep, bangunan baru sekolah dirasmikan oleh Menteri Sains dan Alam Sekitar, Datuk Amar Stephen Yong Guo Shi


1986
-Pada bulan November, sebuah gelanggang bola keranjang siap dibina


1988
-Pada bulan Oktober, Guru Besar, En. Liew Yao Hua bersara
-Jawatan beliau diambil alih oleh En. Jee Kee Fatt


1994
-Pada bulan Jun, Guru Besar, En. Jee Kee Fatt bertukar sekolah ke SRB Chung Hua Taiton
-Jawatan beliau diambil alih oleh En. Wang Gang Qing (hanya berkhidmat 5 bulan kerana bertukar sekolah ke SMK Batu Lintang)
-Memperoleh Johan ‘Hadiah Kecemerlangan Akademik Persatuan Chung Hua Batu Kawa’


1995
-En. Pui Ted Hin menyandang jawatan guru besar


1998
-Memperoleh keputusan yang baik dalam UPSR ( 6/11 orang murid mendapat keputusan lulus penuh, seorang mendapat 7A, seorang mendapat 6A1B)
-Memperoleh Johan ‘Hadiah Kecemerlangan Akademik UPSR bagi Sekolah Rendah Gred B’ dan Tempat Ketiga ‘Hadiah Kemajuan’ daripada Lembaga Pengurus Sekolah Rendah Bahagian Kuching/Samarahan
-Memperoleh ‘Hadiah Cemerlang’ daripada Bahagian Pendidikan Kuching/Samarahan


2001
-Pada bulan April, Guru Besar, En. Pui Ted Hin bersara
-Jawatan beliau diambil alih oleh En. Chok Chow Phen


2002
-Memperoleh kelulusan yang sangat baik dalam UPSR – 77.7%
-Voon Pei Ying memperoleh 7A
-Memperoleh Johan ‘Hadiah Kemajuan’ dan Naib Johan ‘Hadiah Kecemerlangan Akademik UPSR bagi Sekolah Rendah Gred B’ daripada Lembaga Pengurus Sekolah Rendah Bahagian Kuching/Samarahan
-Menduduki tangga kedua dalam ‘Sukan Tahunan Sekolah-sekolah Rendah Kawasan Batu Kawa’


2004
- Sebuah bangunan yang terdiri daripada bilik ICT, dapur dan kantin dibina
-7 Mac, perasmian Bilik ICT oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya Malaysia, YB Datuk Yong Khoon Seng
-Chong Jian Hua memperoleh 6A 1B dalam UPSR
-Memperoleh Naib Johan ‘Hadiah Kecemerlangan Akademik UPSR bagi Sekolah Rendah Gred B’ daripada Lembaga Pengurus Sekolah Rendah Bahagian Kuching/Samarahan
-30 Nov, Guru Besar, En. Chok Chow Phen telah dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke SJK Chung Hua Simunjan
-1 Dis, Cik Tan Lee Hoon menyandang jawatan guru besar


2005
-1 Jul, Cikgu Olivia Chong Yee Ling menerima penempatan pertama untuk berkhidmat di sekolah ini.
-Sep, Cikgu Yeo Nganga Hua bersara
-Pengelola Sukan Tahunan Sekolah-sekolah Rendah Kawasan Batu Kawa Kali Ke-20


2006
-Jan, Cikgu Liew Fui Yian bertukar ke sekolah ini
-Blok bangunan kayu diubah kepada bangunan konkrit yang terdiri daripada 5 buah bilik ( 3 buah bilik darjah, sebuah bilik sains dan sebuah bilik PJK/KH)
-Lantai untuk bangunan blok depan ditutupi dengan jubin
-Memperoleh 100% dalam peperiksaan UPSR
-Voon Khai Boon memperoleh 5A 1B
-Memperoleh Johan ‘Hadiah Kemajuan’ dan ‘Hadiah Kecemerlangan Akademik UPSR bagi Sekolah Rendah Gred B’ daripada Lembaga Pengurus Sekolah Rendah Bahagian Kuching/Samarahan


2007
-Menerima bekalan air


2008
-Jan, Pn. Pang Shoon Moi, Pn. Tiong Chung Mee dan Cik Then Nyuk Lian bertukar ke sekolah ini
-Bilik komputer dipindahkan ke bangunan blok depan
-Pemasangan hawa pendingin dalam bilik komputer
-Pemasangan network wayar ke setiap bilik darjah
-Lantai untuk tandas ditutupi dengan jubin

2009
-Bulan Jan: Pn. Hiew Hyet Boon bertukar ke sekolah ini
Cik Bong Lie Lin berkhidmat di sekolah ini sebagai GSTT

2 comments:

Anonymous said...

Information No Updated!!!!

Anonymous said...

尊敬的校長與及老师大傢好,
石角甲港中華公學师生人數應該是(1:5)即是學生六十人以下!而老师應該在十二人以上!但是(本項)自從二零零八年到今天不成被更新過!這是為什麽???